Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Wanita ‘gagah’ sertai Badang Challenge D’Labu Kubong

Setiausaha Badang Challenge DLabu Kubong, Mohamad Zamal Hafiz
Setiausaha Badang Challenge DLabu Kubong, Mohamad Zamal Hafiz Zarzelah (kanan) bersama para petugas penganjur dan penaja pertandingan bergambar selepas sidang akhbar di Kuala Kangsar, Perak, baru-baru ini.

KUALA KANGSAR 13 Sept. – Selepas berjaya dalam tiga penganjurannya sebelum ini, pertandingan menguji kekuatan manusia, Badang Challenge D'Labu Kubong kembali lagi, kali ini turut membuka penyertaan untuk peserta wanita.

Mengambil cerita mitos Melayu sebagai konsep pertandingan, Badang Challenge akan diadakan di sini pada Sabtu dan Ahad ini.

Setiausaha penganjur, Mohamad Zamal Hafiz Zarzelah berkata, berdasarkan tahap kesukaran cabaran dan keunikan pertandingan tersebut, pihaknya yakin untuk membawa program ini ke peringkat dunia.

Menurutnya, pihaknya mahu dunia tahu mengenai Badang Challenge seperti mana pertandingan menguji kekuatan yang terkenal iaitu World Strongest Man.

“Konsep kedua-dua pertandingan ini adalah sama, iaitu untuk mencari siapa yang paling kuat, namun ia bukan mudah kerana bentuk cabaran berbeza.

“Inilah kekuatan yang ada pada program ini. Setakat ini, kita telah menerima 50 penyertaan, iaitu 20 dari Brunei. Tahun lepas mereka cuma hantar 10 orang.

“Singapura dan Thailand juga menyatakan minat untuk menyertai Badang Challenge 2017. Malah, India juga berhasrat menghantar peserta. Mereka berkata mereka gagah, jadi kita alu-alukan,” katanya.

Beliau berkata demikian da­lam sidang akhbar sempena majlis pelancaran Badang Challenge D'Labu Kubong 2017 di bangunan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, apa yang menarik, pertandingan kali ini melibatkan kategori wanita sebagai simbolik kisah silam di Brunei yang mana terdapat seorang wanita kuat sehingga boleh mengalahkan lelaki.

“Buat masa ini, kami menerima 20 peserta wanita dan percaya jumlahnya akan meningkat sebelum penyertaan ditutup pada 12 September ini untuk semua kategori,” ujarnya.

Tambah Mohamad Zamal Hafiz, hadiah wang tunai berjumlah RM26,000 menanti para pemenang.

Dalam pada itu, Setiausaha MPKK, Ayub Shadan Abdul Rani menyambut baik penganjuran pertandingan bertaraf dunia tersebut dan pihaknya akan membantu sebaik mungkin.

“Program ini dapat mempopularkan daerah ini sebagai destinasi pelancongan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain