Kehadiran anak gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Sungai Piah dan terpisah daripada ibunya itu disedari pada pukul 8 pagi setelah dilihat berkeliaran tanpa arah tujuan.

 

 

Pemangku Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Wan Shaharuddin Wan Nordin berkata, anak gajah yang dinamakan Yeop Lintang dengan anggaran berat 200 kilogram itu berjaya ditangkap pada pukul 10 pagi.

Katanya, anak gajah tersebut dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Piah dan memasuki kawasan pekan.

“Aduan mengenai gajah tersebut diterima pada pukul 8 pagi dari Balai Polis Lintang. Sepasukan anggota Unit Tangkapan Gajah (UTG) UTG dan Perhilitan Sungai Siput ke tempat kejadian dan mendapati terdapat anak gajah sedang berkeliaran.

“Operasi tangkapan dilancarkan dengan menggunakan pelali. Haiwan itu berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan dan kini ditempatkan sementara di Pejabat Perhilitan Sungai Siput,” katanya.-UTUSAN ONLINE