Video oleh SHEFRY MONIZ

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, kajian secara terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum ia dijadikan tarikan pelancongan di bandar raya ini.

Beliau berkata, kemungkinan terdapat beberapa lagi kubu se­per­ti itu di kawasan sekitarnya.

“Jika maklumat tersebut benar, kubu perlindungan ini berpotensi untuk dijadikan tarikan pelancong,” katanya selepas me­lawat kubu perlindungan tersebut di sini hari ini.

Turut serta dalam lawatan itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Zambry meninjau struktur kubu berkenaan yang dipercayai dibina sekitar tahun 1940 dan 1941 dipercayai tempat perlin­dungan askar British daripada serangan udara tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Beliau berkata, kubu di bawah tanah yang berkeluasan 81 meter persegi dengan ketinggian 2.5 meter boleh memuatkan 30 hingga 40 orang.

Menurutnya, walaupun kubu itu sudah berusia kira-kira 75 tahun, strukturnya masih berada dalam keadaan baik.

Beliau berkata, perbincangan akan diadakan dengan Kerajaan Persekutuan, Malaysia Aiports Holdings Berhad (MAHB) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tapak kubu tersebut pernah dijadikan penempatan khas pasukan polis.

“Jika dapat dibangunkan sebagai kawasan tarikan sejarah, sudah tentu ia mempunyai nilai tinggi seperti konsep pelancongan sejarah di Vietnam,” katanya.