Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, perkara tersebut sering diberikan penekanan oleh beliau selama ini bagi memastikan kehendak serta masalah akar umbi dapat dipenuhi dan diselesaikan dengan segera.

Mengambil contoh tindakan yang dilakukan oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Syed Abdul Fasal, Zambry berkata pemimpin yang baik mampu melakukan perubahan di satu-satu kawasan.

“Kita lihat kawasan di Bukit Gantang ini, berkat daripada usaha-usa­ha beliau (Syed Abu Hussin), kita melihat banyak perubahan-perubahan dan juga hasil interaksi yang baik dengan masyarakat.

“Ini yang saya tekankan berkali-kali supaya pemimpin-pemimpin sentiasa dapat bersama-sama de­ngan rakyat agar kita memahami kehendak-kehendak mereka, ma­salah-masalah mereka serta pantas untuk menyelesaikannya,” katanya pada sidang akhbar selepas me­rasmikan Dewan Terbuka Al-Fasal di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Pendidikan Perak, Rozi Puteh Ismail.

Dalam perkembangan berasi­ngan, Zambry berkata, kerajaan negeri menyambut baik berhubung pelaburan tambahan berjumlah RM400 juta yang akan diberikan oleh Finisar Corporation, pembekal produk komunikasi optik terbesar dunia kepada syarikatnya yang terletak di negeri ini.

Kata Zambry, pelaburan tambahan berkenaan dijangka dapat me­ningkatkan status ekonomi di ne­geri itu disamping membuka lebih ba­nyak peluang pekerjaan

Tambah beliau, Finisar merupakan sebuah syarikat besar di negeri ini dan telah menyumbang seba­nyak lebih lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Perak serta mempunyai pekerja lebih 5000 orang.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) kerana usahanya bagi memastikan syarikat ini membuat pelaburan di Malaysia.

“Seperti yang kita ketahui, Fi­nisar adalah merupakan antara gergasi elektronik yang besar yang beroperasi di Malaysia dan juga di kawasan Asia. Ianya terletak di ne­geri Perak.

“Ini menunjukan tahap komitmen dan keyakinan mereka terhadap iklim politik dan suasana di negeri perak yang baik,” katanya.