Naib Presiden Bahagian Komunikasi Korporat TKB, Anuar Abu Hassan berkata, pihaknya hanya mengenakan kadar sewaan gerai sebanyak RM1 setiap bulan untuk peniaga yang berminat menyertai Rasa [email protected] Square yang telah beroperasi sepenuhnya 25 Ogos lalu.

Menurut Anuar, sehingga kini sebanyak 60 gerai disewa oleh peniaga yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan.

“Bagi kami di TKB, kejayaan sebenar bukanlah hanya berjaya membangunkan projek besar sebaliknya apabila dapat dikongsi secara bersama dengan orang lain.

“Manifestasi ‘memberi’ ini kami terjemahkan melalui akti­viti tanggungjawab sosial korporat (CSR) TKB di Rasa [email protected]­pang Square untuk menyediakan ruang dan peluang kepada usahawan bumiputera memperkasakan ekonomi.

“Ramai bertanya, betul ke sewanya hanya RM1 kerana tidak masuk akal. Betul, sewanya memang RM1. Ini sebagai bukti kami tidak berhasrat untuk meraih sebarang keuntungan,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat TKB, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, Rasa [email protected] Square menyediakan ke­riangan serampang dua mata iaitu peluang serta ruang perniagaan untuk peniaga dan merayakan selera pembeli dengan pelbagai juadah.

Katanya, tema tersebut dipilih berikutan kebanyakan produk makanan yang dijual kebiasaannya dihidangkan hanya pada musim Hari Raya Aidilfitri namun, kini orang ramai boleh membelinya setiap hari di gerai di Jelapang Square

Beliau berkata, lokasi Jelapang Square juga dipilih kerana kedudukannya yang strategik, berhadapan Jalan Ipoh-Lumut dengan kepadatan penduduk sekitar 250,000 yang meliputi Gugusan Manjoi, Silibin dan Meru Raya.

“Tidak hanya tertumpu kepada pelbagai jenis hidangan makanan seperti sate, ayam percik, lemang, martabak, kebab dan sebagainya, terdapat juga peniaga yang menjual pakaian dan kelengkapan rumah.

“Dengan kadar sewaan gerai RM1, saya yakin peniaga menjalankan perniagaan mereka de­ngan menawarkan harga rendah kepada pengunjung berikutan. Jadi tiada timbul bebanan peniaga untuk membayar sewa bulanan,” katanya.

Anuar berkata, Rasa [email protected] Square bukan satu CSR yang bersifat sementara namun, TKB akan menjalankan program tersebut secara berterusan di kawasan tersebut.

“Rasa [email protected] akan mula beroperasi pada pukul 5 petang hingga 11 malam setiap hari bermula 25 Ogos ini,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai Rasa [email protected] Square atau permohonan gerai perniagaan sila hubungi 019-701 2222 atau 019-703 2222.