Beliau berkata, pihaknya juga menerima maklumat bahawa projek-projek yang telah dimulakan kerja pembangunan lebih 20 peratus, berkemungkinan akan diteruskan.

Menurutnya, maklumat yang saya diterima daripada kerajaan Persekutuan ialah beberapa projek besar yang telah diluluskan di negeri Perak akan dikaji semula.

“Contohnya, projek besar diumumkan pentadbiran terdahulu yang berbelanja lebih RM6 bilion di Bagan Datuk, sedang dikaji semula.

“Saya belum mendapat maklumat lanjut berkenaan dengan perkara tersebut, namun di Perak, semuanya okey kecuali projek besar di Bagan Datuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis korban Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak di Asrama Anak Yatim Darussalam di Kampung Melayu Sungai Rapat di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE