Ahli Parlimen Ku­ala Kangsar, Datin Mastura Mo­hd. Yazid berkata, acara tahunan itu sudah la­ma tidak adakan yang kebiasaan­nya diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak.

Menurutnya, perbincangan dengan Pejabat Daerah, kerajaan negeri dan agensi lain seperti Kementerian Belia dan Sukan serta pihak yang berminat akan diadakan untuk menghidupkan semula acara tersebut.

“Saya juga akan bekerjasama dengan Ahli Dewan Bukit Chandan dan Manong dalam mendapatkan idea untuk menjadikan sukan air ini lebih meriah,” katanya ketika ditemui selepas program Chandan Mountainbike Challenge Kuala Kangsar 2016 di sini semalam.

Menurut Mastura, sukan air yang dirancang itu akan diadakan sebagai acara tahun atau berkala, bergantung kepada penyertaan dan pengurusannya.

Katanya, sukan air itu diharap dapat dilaksanakan secara kecil-kecilan terlebih dahulu untuk menilai sambutannya dan jika berjaya ia mungkin akan terus diadakan pada masa akan datang.

“Acara ini memerlukan perancangan yang rapi supaya ia tidak terhenti separuh jalan,” katanya.

Mengenai Chandan Mountainbike Challenge, Mastura berkata, sambutan yang diterima amat baik ter­utama kehadiran peserta luar negara.

“Acara ini boleh dijadikan tarikan baharu pelancongan di Kuala Kangsar,” katanya.