Ketua Polis Daerah Manjung, Asistan Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, lelaki itu yang dihantar di Hospital Seri Manjung bagi tujuan mendapatkan rawatan dan ditahan di wad meninggal dunia pada pukul 1 pagi tadi.

Menurutnya, suspek telah ditangkap oleh orang awam dan diserah pada pihak polis pada Rabu lalu.

“Semasa tangkapan diterima daripada orang awam, suspek dalam keadaan cedera.

“Polis membawa suspek ke Hospital Seri Manjung bagi tujuan mendapatkan rawatan dan suspek telah ditahan di wad,” katanya hari ini.

Menurutnya, pada Khamis lalu suspek telah diberi jaminan oleh pihak polis kerana masih menerima rawatan susulan di hospital.

Beliau berkata, bagaimanapun, suspek meninggal dunia pada pukul 1 pagi tadi semasa menerima rawatan.

“Hasil bedah siasat mendapati suspek meninggal akibat cedera parah dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE