Pegawai Pertanian Daerah Kerian, Zuraina Ahmad berkata, golongan itu mempunyai masa dan tempat untuk bercucuk tanam secara kecil-kecilan sama ada untuk kegunaan sendiri atau dijual.

“Walaupun hasilnya tidaklah sebanyak mana namun ia dapat menjimatkan perbelanjaan dan menambahkan hasil jika dijual. Kami menyokong suri rumah yang dapat melaksanakan ini­siatif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian da­lam majlis penyerahan benih sayur-sayuran seperti cili dan terung dalam Program Jom Kita Bertani kepada 40 penerima di Kampung Sungai Protan, Selin­sing di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat.

Sementara itu, Sham berkata, ekonomi negara masih bertahan hasil daripada kebijaksanaan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah, katanya, kerajaan sentiasa mengambil berat masalah rakyat sepanjang masa bukan hanya turun padang ketika mu­sim pilihan raya.

“Rakyat di kawasan Selin­sing dan Semanggol perlu berfikir secara rasional untuk memilih parti mana yang membela rakyat dalam pilihan raya umum akan datang dan tidak termakan janji manis pihak pembangkang,” katanya.