Turut berangkat pada majlis tersebut, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Keberangkatan baginda diiringi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Aziz Jamman dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi.

Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin berkenaan menyempurnakan lafaz perasmian diikuti menandatangani plak sebagai simbolik perasmian sebelum berangkat melawat pameran yang disediakan.

Kem Batalion 18 PGA Pengkalan Hulu mula dibina pada 1 November 2003 di atas tanah seluas 73 hektar dengan membabitkan kos pembinaan berjumlah RM230 juta.

Kem yang menempatkan seramai 421 pegawai dan anggota yang terdiri daripada suku kaum Orang Asli iatu Semai, Temiar, Jakun, Jahut, Mahmeri, Semak Meri, Semelai, Temuan, Mendrik dan Kuala itu mula diduduki pada tahun 2010. - UTUSAN ONLINE