Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, Perak juga akan menggunakan beberapa penganugerahan yang diperoleh daripada Lonely Planet seperti wilayah kesembilan terbaik dunia untuk dilawati pada 2017 bagi menarik lebih banyak kunjungan pelancong ke negeri ini.

“Pada tahun 2017, saya merasakan ia membawa kenangan manis kepada kita semua dengan beberapa pengiktirafan yang membolehkan Perak dikenali di mata dunia.

“Saya merasakan kita melakukan yang terbaik dalam menjayakan sasaran untuk menarik kunjungan 8 juta pelancong,” katanya dalam Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2018 peringkat negeri di Dataran Bandaraya Ipoh, di sini semalam.

Pada majlis tersebut, Nolee Ashilin turut menyempurnakan gimik pelancaran permainan board game Touring Perak yang mengguna pakai teknik pembelajaran dan permainan dan bakal diedarkan di sekolah negeri ini.

Pengunjung turut hiburkan dengan persembahan muzik dan kebudayaan pelbagai kaum selain menyaksikan pertunjukan bunga api.

Antara artis untuk memeriahkan majlis ialah penyanyi popular, Datuk Jamal Abdillah, Nabila Razali dan Ismail Izzani.