Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Lumut meriah

ZAMBRY ABD. KADIR dan Saripah Zulkifli beramah mesra dengan tetamu
ZAMBRY ABD. KADIR dan Saripah Zulkifli beramah mesra dengan tetamu dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Besar kawasan Parlimen Lumut di Lumut, Perak, baru-baru ini.

LUMUT 17 Julai – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Besar untuk kawasan Parlimen Lumut berlangsung meriah dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum yang di Dewan EMV di sini kelmarin.

Sejak pagi lagi, pekarangan dewan mula dipenuhi tetamu yang tidak mahu melepaskan peluang menghadiri rumah terbuka Aidilfitri yang menjadi acara tahunan untuk Parlimen Lumut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor.

Zambry berkata, majlis tersebut sentiasa menerima sokongan tidak berbelah bahagi daripada masyarakat di Parlimen Lumut.

Malah beliau mengakui terkejut dengan kehadiran begitu ramai tetamu.

“Saya menjangkakan keha­diran rakyat yang tidak putus-putus mencecah 30,000 hingga 40,000 orang di sepanjang majlis.

“Sebanyak 71 gerai makanan yang ada hari ini adalah dari mukim-mukim di seluruh Lumut. Seperti lazimnya, jamuan ini melibatkan penyertaan semua pihak tanpa mengira fahaman politik dan latar belakang,” katanya.

Menurutnya, pengunjung bersikap terbuka dan menerima pendekatan yang digunakan dalam menganjurkan majlis itu pada saban tahun.

Katanya, ini terbukti dengan kemesraan pengunjung yang berswafoto bersama beliau dan pemimpin setempat.

“Sambutan ini menterjemahkan hubungan pemimpin dan rakyat serta sokongan yang ditunjukkan melalui kehadiran tetamu yang ramai, sehinggakan saya hendak bersalaman dengan mereka pun agak sukar kerana ruang dipenuhi orang ramai,” katanya.

Dalam majlis tersebut, Zambry dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli turut beramah mesra dengan tetamu serta menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain