Wan Khairil Anuar Wan Ahmad

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad berkata, ini dapat dilihat menerusi peningkatan jumlah Bantuan Rak­yat 1Malaysia (BR1M) yang mana memberi banyak manfaat kepada golongan tersebut.

Malah, katanya, keprihatinan kerajaan kepada golongan itu juga jelas ditunjukkan menerusi peruntukan lebih RM10 bilion kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

“Menerusi Bajet 2016, kerajaan memberi pelbagai insentif baharu untuk dinikmati penduduk luar bandar dalam usaha meringankan beban hidup mereka yang kebanyakannya berpendapatan rendah.

“Malah, peruntukan yang disediakan dalam bidang lain seperti sektor pertanian juga mampu menjana pendapatan yang lebih baik kepada golongan tersebut yang menjadikan bidang tersebut sebagai sumber rezeki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Infiesta Komuniti 1Malaysia Kuala Kangsar 2015 di Kampung Sayong Lembah, di sini semalam.