Beliau merasmi­kan program yang dihadiri lebih 2,000 pemilik motosikal berkata, ini menunjukkan minat dalam permotoran terus me­ning­kat dan popular.

Katanya, kehadiran begitu ramai pemilik motosikal dalam program sedemikian mewujudkan imej positif mengenai tanggapan masyarakat terhadap penunggang motosikal.

“Saya begitu tertarik dengan perhimpunan ini, ia bukanlah program pameran motosikal semata-mata tetapi juga perniagaan barangan berkaitan motosikal seperti baju-t, pelbagai pelekat, seluar malah topi keledar.

“Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut memberi cera­mah mengenai keselamatan di jalan raya yang diadakan secara santai yang mana ia amat berguna untuk mewujudkan kesedaran supaya tidak menunggang dengan cara yang berbahaya,” katanya dalam program tersebut.

Ahmad Faizal berkata, memandangkan sambutan begitu baik, program itu wajar dijadikan acara tahunan khususnya di Ipoh apatah lagi kerajaan negeri mahu menjadikan Ipoh sebagai bandar raya sukan.

Menurutnya, jika diadakan di Ipoh, perhimpunan boleh diadakan dalam skala yang lebih besar melibatkan pelbagai pihak.

Beliau berkata, Perak memili­ki nama besar dalam sukan permotoran sehingga ada yang beraksi dalam perlumbaan an­tarabangsa.

“Program ini juga dapat mengeratkan hubungan rakan-rakan dari negeri-negeri di utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dan yang lebih penting, program ini dapat mengelak anak muda terlibat dalam aktivi­-
ti perlumbaan haram,” katanya.

Mengenai penganjuran program itu di BMLR, Ahmad Faizal berkata, ia dapat mempromosikan taman tema itu yang secara tidak langsung memberikan pendapatan ekonomi kepada negeri.

“Perhimpunan ini satu lagi acara yang cukup bermakna selepas Perak menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) yang berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak,” katanya.