Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Prapelancaran Gelombang Tani Nasional dapat sambutan

Tajuddin ABDUL RAHMAN  memotong rumput  dalam  Program Gotong-
TAJUDDIN ABDUL RAHMAN memotong rumput dalam Program Gotong- Royong Bersama Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani di Pasir Salak, Perak, semalam. UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN

PASIR SALAK 23 Mac - Sebanyak 200 peserta Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dan penduduk sekitar Sungai Manik hari ini menjayakan program gotong-royong bersama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Program berkenaan yang julung kali diadakan itu adalah sebagai prapelancaran kepada Gelombang Tani Nasional (GTN) 2017 peringkat kebangsaan yang dijadual berlangsung pada 15 April depan dan bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Selain penghulu dan ketua kampung, gotong-royong berke­naan juga disertai oleh pelbagai agensi berkaitan termasuk Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Tajuddin berkata, program itu antara lain bertujuan menyuntik minat dalam kalangan gene­rasi muda untuk berkecimpung dalam industri asas tani sekali gus me­lakukan transformasi ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi.

“Oleh itu, saya harap pertubuhan peladang, pekebun sayur, buah-buahan dan golongan penternak ayam dan lembu semua­nya dijemput menjayakan GTN 2017 yang bakal diadakan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Kampung Degong dekat Langkap.

“Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengadakan program gotong-royong ini sebagai hebahan untuk menimbulkan kesedaran, justeru kita harap GTN 2017 bukan sahaja akan dihadiri oleh petani di sini tetapi juga dari seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi gotong-royong berkenaan selain menyampaikan bantuan input pertanian di Dewan Orang Ramai Kampung Chikus di sini hari ini.

GTN 2017 bakal menjadi platform ke arah mentransformasi sektor pertanian khususnya dalam konteks agro dan kese­lamatan makanan selain memperkasa pe­ranan petani.

Tajuddin turut melahirkan rasa gembira apabila aktiviti gotong-royong berkenaan mendapat sambutan menggalakkan khususnya dalam kalangan petani di kampung.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain