Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pondok Pengajian Islam Al-Latifiah bakal dibina semula

YUSOP HUSIN (empat dari kiri) mendengar penerangan daripada Aznel
YUSOP HUSIN (empat dari kiri) mendengar penerangan daripada Aznel Ibrahim (tiga dari kiri) ketika melawat Pondok Pengajian Islam Al-Latifiah di Gerik, Perak, baru-baru ini.

GERIK 3 Sept. – Seramai 66 pelajar pengajian Islam di Pondok Pengajian Islam Al-Latifiah atau lebih dikenali Pondok Pak Teh bakal menduduki pondok baharu apabila pondok yang terbakar Jun lalu dibina semula.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Yusop Husin berkata, bantuan bagi membina pondok tersebut mula disalurkan melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan dimasukkan ke dalam tabung bencana.

“Tabung bencana ini diwujudkan untuk memberi bantuan dan kebajikan kepada penghuni Pondok Pak Teh terutamanya membantu mendirikan semula pondok-pondok yang terbakar.

“Selain itu, kerja-kerja baik pulih pondok-pondok yang daif turut dilakukan supaya penghu­ninya dapat menginap dengan lebih selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat Pondok Pak Teh bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim di sini baru-baru ini

Menurut beliau, sumbangan RM151,000 daripada pelbagai pi­hak termasuk bantuan MAIPk di­gunakan untuk menggantikan pondok-pondok tersebut.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain