Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun berkata, pihaknya juga perlu akur bahawa kerajaan Persekutuan akan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum sebarang keputusan diambil.

Katanya, bagi kerajaan negeri, apa yang lebih penting buat masa ini adalah menaik taraf lapangan terbang sedia ada dalam usaha menarik lebih banyak pesawat mendarat di Ipoh.

“Banyak perkara yang kerajaan Persekutuan perlu pertimbangkan sebelum meluluskan sesuatu cadangan dan saya kira mereka tidak menolak cadangan kita untuk membina sebuah lapangan terbang baharu di sini.

“Apapun, pertimbangan lain yang lebih penting untuk diberi tumpuan oleh kerajaan negeri adalah usaha membawa lebih banyak pesawat untuk terbang ke Ipoh, jadi kita perlu mencari jalan untuk menaik taraf lapangan terbang di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Townhall Maqasid Syariah yang dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE