AMINUDDIN HASHIM

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), Datuk Aminuddin Hashim berkata, sebagai permulaan sebanyak 30 daripada 74 kuari di negeri ini akan menggunakan sistem itu bermula 17 Julai ini.


“Untuk fasa pertama pelaksanannya, e-Doket akan digunapakai di 30 kuari terpilih bagi meningkatkan hasil batuan dan mineral dan memudahkan penguatkuasaan.


“Sekiranya berjalan lancar, kita jangkakan sistem itu akan digunakan sepenuhnya disemua kuari selewat-lewatnya 1 Januari tahun hadapan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE