Penduduk mendakwa masa­lah itu dipercayai berpunca dari ladang ternakan ayam di kampung berkenaan yang didakwa berhampiran dengan rumah penduduk.

Seorang penduduk, Azizah Baharudin, 56, berkata, tidak hanya pada waktu siang, lalat juga banyak pada waktu malam sehingga mereka malu mahu menjemput tetamu ke rumah terutama ketika mengadakan kenduri.

Menurutnya, keadaan sema­kin teruk apabila musim banjir, menyebabkan penduduk rasa kurang selesa.

“Justeru itu, saya sangat berharap pihak berkenaan melihat masalah ini demi kesejahteraan penduduk kampung ini,” kata­nya di sini baru-baru ini.

Seorang penduduk, Chek Mah Yahya, 69, berkata, penduduk telah melakukan pelbagai ikhtiar namun masalah itu tidak selesai.

“Kami di sini sudah tidak tahu nak buat macam mana walaupun anak saya cuci lantai setiap hari namun lalat masih banyak juga.

“Saya kasihan lihat anak bongsu yang berpantang di rumah yang rimas dengan lalat sehinggakan cucu saya yang baru dilahirkan terpaksa diletakkan dalam kelambu untuk mengelak lalat,” katanya.