Jurucakap program tersebut, Meor Samsudin Abu Hassan berkata, rumah yang dipindahkan itu ialah sebuah rumah tradisional yang masih dalam keadaan baik.

Katanya, penduduk mahu rumah lama itu dipelihara untuk tatapan generasi baharu. 

“Rumah ini dipindahkan ke lokasi baharu kira-kira 150 meter dari tapak asalnya.

“Kira-kira 100 penduduk kampung, pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) serta pelajar pusat tahfiz dari Patani, Thailand terlibat dalam program ini,” katanya.

Kerja-kerja memindahkan rumah tersebut bermula pada pukul 9.30 pagi dan selesai pada pukul 2 petang.

Menurut Meor Samsudin, rumah yang diusung seberat enam tan dan dibuat menggunakan kayu cengal dan meranti yang tahan lama.

“Rumah ini akan ditambah baik dan dijadikan sebagai produk pelancongan di kampung ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE