banjir parit buntar 2
 

Antara tempat yang terlibat termasuk kawasan tengah pekan, stesen bas, pusat-pusat perniagaan dan beberapa taman perumahan.

Tinjauan mendapati ada kawasan yang dinaiki air sehingga 0.3 meter dan sehingga kini hujan masih berterusan namun semua laluan utama masih boleh dilalui kenderaan.

Perkidmatan bas juga masih beroperasi seperti biasa termasuk untuk perjalanan ke luar Daerah Kerian.

Sementara itu, kawasan tanaman padi di Parit Buntar, Kuala Kurau, Bagan Tiang dan Tanjung Piandang dilaporkan turut dinaiki air. - UTUSAN ONLINE

banjir parit buntar 3