Omar yang berasal dari Semporna, Sabah sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.

Selain itu, beliau terlibat dalam siasatan Ops Daulat ketika menjawat jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah selain berkhidmat selama enam tahun sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.

Omar berikrar mahu membantu Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan memastikan urus tadbir dan operasi kepolisian berjalan dengan sempurna.

“Saya juga mahu memastikan moral, integriti dan disiplin anggota berada pada tahap yang tinggi selain merealisasikan harapan pucuk pimpinan dalam meletakkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai diyakini oleh masyarakat,” katanya.

Omar berkata demikian selepas majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Perak antara Zainuddin dan beliau yang disaksikan oleh Hasnan di Bilik Mesyuarat Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE