Secara keseluruhannya, portfolio-portfolio sama yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) masih dikekalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan dengan beberapa pindaan.

Ahmad Faizal selaku Menteri Besar, juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Badan Berkanun (GLC), Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor sementara Dr. Abdul Aziz Bari sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan.

Sementara itu, Asmuni Awi diangkat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan manakala Abdul Yunus Jamahri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan.

Beberapa exco muda seperti Tan Kar Hing diberikan amanah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan; Howard Lee Chuan How (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan) dan Hasnul Zulkarnain Abd Munaim (Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi).

A. Sivanesan yang dilantik semula menjadi exco kerajaan negeri, menggalas tugas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia.

Dua lagi exco yang turut dilantik ialah Yong Choo Kiong (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu) serta Wong May Ing (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat). - UTUSAN ONLINE