Jurucakap bomba berkata, pemilik kucing tersebut membawa haiwan peliharaannya ke Balai Bomba Pasir Putih di sini pada pukul 2.45 petang.

Menurutnya, ketika dibawa ke balai bomba, mata kail masih terlekat pada bahagian dalam mulut haiwan tersebut.

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mencabut mata kail yang melekat sehingga berjaya dikeluarkan,” katanya. - UTUSAN ONLINE