Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak, kampung ter­libat ialah Kampung Batu 7, Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9.

Tambahnya, mangsa mula dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong dekat sini sejak pukul 9.30 pagi apabila air mula naik.

“Kami menerima maklumat pada kira-kira pukul 7 pagi memberitahu tiga lokasi di Changkat Jong telah dilanda banjir akibat limpahan air dari Sungai Bidor dan hujan lebat sehingga melebihi 3.54 meter.

“Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hilir Perak telah memindahkan mangsa-mangsa terlibat ke Pusat Pemindahan Sementara yang dibuka,” katanya.

Sekretariat tersebut memberitahu, sehingga kini mangsa yang dipindahkan terdiri daripada 36 orang lelaki dewasa; 46 (perempuan dewasa), 50 (kanak-kanak lelaki) dan 29 kanak-kanak perempuan.