Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, perkhidmatan yang akan bermula pada 16 Mac ini di Lapa­ngan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini juga akan merancakkan operasi di LTSAS.

Menurutnya, perkhidmatan tersebut membolehkan rakyat di kedua-dua negara menggunakan penerbangan terus di ke­dua-dua destinasi.

“Saya gembira dengan keputusan yang dibuat Malindo Air setelah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri.

“Ini adalah antara strategi kerajaan negeri bagi memperkenalkan destinasi menarik untuk menarik pelancongan ke nege­ri ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Setiausaha Kerajaan Ne­geri Perak 2017, di sini semalam.

Menurut Zambry, perkhidmatan penerbangan tersebut akan menjadikan Perak sebagai tumpuan pelancong dari rantau Asia.

Beliau berkata, setakat ini LTSAS menyediakan perkhidmatan penerbangan Ipoh-Singapura, Si­ngapura-Ipoh, Ipoh-Johor Bahru dan sebaliknya.

Katanya, kerajaan negeri juga berusaha untuk mendapatkan perkhidmatan ke selatan China khususnya bagi tempoh penerbangan sekitar tiga jam.

“Ini merupakan antara usaha berterusan kerajaan negeri untuk menarik pelancong,” kata­nya.

Sementara itu, dalam majlis tersebut, seramai 118 pegawai menerima anugerah Modal Insan Cemerlang yang terdiri daripada 62 pegawai di bawah panel Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Perak, tujuh dari Pejabat Kewangan negeri Perak, 24 dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.