Kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah hari itu dipercayai berlaku ketika mangsa, Khairolafni Ahmad Ghani, 27, bersendirian di luar kabin bot berkenaan sewaktu cuaca buruk.
 
Pengarah Maritim Daerah 3 Lumut, Kepten Maritim Zulinda Ramly berkata, gerakan mencari dan menyelamat telah diaktifkan pada pukul 1.45 petang setelah pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut.

“Bot ronda maritim telah diarahkan ke lokasi kejadian dan gerakan pencarian diteruskan sehingga jam 7.30 malam dan operasi akan bersambung pada pukul 7 pagi esok," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE