Tertuduh, Khairul Azizi Abdul Jalil, 34, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Hafizah Jaafar. 

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Khairul Azizi didakwa membunuh Aidah Tursinawati, 40an, di sebuah rumah di Kampung Tersusun Tasek di sini pada 9 Oktober lalu. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan. 

Dalam kejadian 9 Oktober lalu, tertuduh menyerah diri kepada polis selepas membunuh mangsa di rumahnya di Kampung Tersusun Tasek di sini. - UTUSAN ONLINE