Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan selepas menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di sini,

kira-kira pukul 7.30 malam semalam.

“Perintah reman ke atas lelaki tersebut telah dikeluarkan selama seminggu untuk siasatan lanjut dijalankan sehingga 8 Mac ini,” katanya di sini hari ini.

Pada 28 Februari lalu, kira-kira pukul 3.40 petang, isteri suspek selaku pengadu, didakwa telah menerima panggilan telefon daripada rakan suaminya yang memaklumkan suspek telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan ekoran ditikam dengan pisau.

Selain kerugian wang syarikat sebanyak RM33,000, suspek juga didakwa telah disamun wang tunai milik peribadi bernilai RM150 serta sebentuk cincin emas.

Siasatan awal polis bagaimanapun mendapati tiada saksi mahupun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. - UTUSAN ONLINE