Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif berkata, lelaki berusia 21 tahun itu disahkan meninggal dunia pada pukul 6.30 petang semalam setelah tiga hari dirawat.

“Bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan punca kematian mangsa,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, lelaki berkenaan melecur hampir 90 peratus pada bahagian badan selepas membakar diri di hadapan sebuah rumah di di Kampung Bintang, Sitiawan.

Dia dipercayai berbuat demikian selepas bergaduh dengan teman wanitanya. - UTUSAN ONLINE