Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim berkata, penganjuran program tersebut juga adalah selari de­ngan usaha untuk mempromosikan Tahun Melawat Perak 2017.

“Ladies Lane yang diwujudkan setahun lalu di bandar raya ini merupakan antara inisiatif bagi membantu peniaga dalam kalangan golongan wanita terpilih untuk mencari pendapatan tambahan.

“Kerajaan negeri menyiapkan khemah dan meja, jadi mereka hanya perlu datang dan berniaga sahaja,” katanya selepas merasmikan program berkenaan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rusnah berharap program Feminin [email protected] Lane dapat memberi impak besar khususnya kepada golongan wanita di negeri ini.

“Program ini turut mempromosikan kebudayaan di Perak kerana pada setiap minggu, kita menganjurkan persembahan muzik mengikut tema berbeza,” katanya.