Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kajian terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum ia dijadikan tarikan pelancongan di bandar raya ini.

Katanya, kemungkinan terdapat beberapa lagi kubu seperti itu di kawasan sekitarnya.

“Jika maklumat tersebut benar, kubu perlindungan ini berpotensi untuk dijadikan tarikan pelancong,” katanya selepas melawat kubu perlindungan tersebut di sini hari ini.

Kubu berkenaan dipercayai dibina sekitar tahun 1940 dan 1941 sebagai tempat berlindung askar British daripada serangan udara tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. - UTUSAN ONLINE