KERENSA DEWANTORO

Kerensa, 48, berkata, kepetahannya bertutur dalam bahasa itu bermula ketika melanjutkan pelajaran di Indonesia pada 1997 sebelum menyertai persembahan teater yang memerlukannya mahir menggunakan bahasa tersebut.

“Sebelum saya datang ke Indonesia, saya belajar bahasa Melayu melalui rakaman kaset. Saya belajar sendiri dan ketika itu hanya perkataan ringkas sahaja yang saya tahu seperti ‘apa khabar’.

“Bagaimanapun, selepas hampir 20 tahun tinggal di Indonesia, bahasa Melayu saya semakin bagus tambahan lagi saya berkahwin dengan suami yang merupakan warga tempatan,” katanya yang juga me­rupakan guru sastera Inggeris di sebuah sekolah di Jakarta.

Kerensa yang berasal dari Australia merupakan salah seorang panel pada WCIT 2018 bertemakan Securing the Future yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di [email protected] dekat sini.

Menurut ibu kepada seorang anak lelaki itu, dia menerima maklum balas positif daripada warga Indonesia yang berbangga dengan tahap penguasaannya terhadap bahasa tersebut.

Bagaimanapun, katanya, dia juga ada menerima rungutan daripada penggiat seni di Indonesia mengenai loghat yang digunakannya untuk bahasa tersebut.

“Selain bergiat dalam teater, saya juga menulis buku. Jika dahulu bahasa saya agak kaku, kini ia semakin baik,” katanya.