Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kerajaan Pusat komited bantu USAS

Warga universiti hanya perlu menanti waktunya

Dr. ZAMBRY ABD. KADIR disambut oleh warga universiti semasa menghadiri majlis Perhimpunan Bersama Wa
Dr. ZAMBRY ABD. KADIR disambut oleh warga universiti semasa menghadiri majlis Perhimpunan Bersama Warga USAS di Kuala Kangsar, Perak semalam. Turut kelihatan Dr. Nordin Kardi (kiri). – utusan /ZULKARNAIN MOHD SAIDIN

KUALA KANGSAR 20 Feb. - Kerajaan Persekutuan ko­mi­ted menunaikan janji untuk pembangunan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di sini termasuk pemberian bantuan dalam bentuk geran tahunan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, warga USAS tidak perlu bimbang sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin memainkan sentimen seolah-olah kerajaan tidak memberikan pertimbangan sewajarnya atau sekadar menabur janji kosong pada Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu.

“Saya telah pun mengadakan pertemuan secara tidak rasmi bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh beberapa hari lalu. Beliau memaklumkan komitmen itu akan dilaksanakan dan hanya menanti waktunya,” katanya.

Zambry yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah USAS berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama warga institusi itu di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Naib Canselornya, Tan Sri Nordin Kardi.

USAS yang telah dinaik taraf daripada kolej universiti pada tahun lalu, ketika ini memiliki 300 penuntut di peringkat Ijazah Sarjana dan 40 calon Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Dalam pada itu, Zambry berkata, Lembaga Pengarah USAS juga telah meluluskan skim gaji baharu kepada staf termasuk tenaga pengajar dan kakitangan sokong­annya selari dengan universiti awam lain.

Sehubungan itu, beliau berharap warga USAS dapat bekerja sebagai satu pasukan bagi terus melonjakkan institusi berkenaan sebagai universiti pilihan khususnya di peringkat pascasiswazah.

Isu berkaitan USAS dimainkan oleh pembangkang ekoran cadang­an penaiktarafannya sebelum ini diuar-uar bakal dijadikan sebuah universiti awam.

Bagaimanapun, pendekatan baharu diambil oleh Kerajaan Persekutuan dengan menjadikan USAS sebagai universiti swasta yang menerima peruntukan geran tahunan sekali gus mengekalkan hak miliknya di bawah kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain