Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri akan terus komited mencari jalan penyelesaian terhadap semua masalah yang dihadapi dalam usa­ha menjadikan taman tema itu sebagai sektor pelancongan tumpuan di negeri ini.

Sehubungan itu, kata Ahmad Faizal, pihaknya sedang dalam perbincangan dengan pelbagai pihak yang berminat untuk me­labur bagi pembangunan taman tema itu, namun ia tidak boleh didedahkan pada masa ini kerana masih di tahap perbincangan.

“Antara masalah yang dihadapi termasuklah tarikan utama MAPS iaitu Dream Zone yang sudah siap, namun masih tidak dibuka dan digunakan. Saya hendak tunjuk kepada rakyat bahawa masalah ini adalah masalah yang saya warisi dan kita berjanji akan perbetulkan.

“Kita sudah ada tempat menarik seperti itu, walaupun tidak di­uruskan dengan baik sebelum ini, namun dengan usaha lebih keras, saya yakin ia mampu menjadi tarikan pelancong seluruh dunia ke negeri ini dan itu usaha komited kita hendak buat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas beramah mesra dengan pengunjung yang hadir ke Jamuan Hari Raya Kerajaan Negeri Perak di taman tema itu, di sini semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Ghazali Jalal dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man