Kejadian yang berlaku ketika M. Eswaran sedang bermain bersama rakannya, menyebabkan dia terpaksa menahan kesakitan kira-kira 10 minit sebelum diselamatkan anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Mohd. Jamaluddin Mat Yusop berkata, anggota bomba dihantar ke tabika tersebut selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 9.23 pagi.

Katanya, semasa pihaknya tiba di lokasi tersebut, didapati separuh badan kanak-kanak itu tersangkut di celah penyandar dan bahagian tempat duduk kerusi tersebut.

“Anggota bomba kemudiannya memotong kerusi besi itu menggunakan ‘bolt cutter’ dan mengeluarkan kanak-kanak itu dengan selamat.

“Tiada kecederaan serius pada mangsa dan operasi yang mengambil masa kira-kira lima minit itu ditamatkan pada pukul 9.45 pagi,” katanya. - UTUSAN ONLINE