Timbalan Pengarah KPDNKK Perak, Suhaimi Mat Sari berkata, dalam serbuah pada pukul 5.45 petang oleh 15 penguat kuasa bersama empat anggota polis, dua peniaga berusia 21 dan 72 tahun ditahan.

Menurutnya, barang tiruan tersebut ditemukan di dua buah kediaman yang dijadikan stor simpanan.

“Barang-barang ini dipercayai untuk dijual secara borong atau runcit di bandar raya ini dan negeri ini sempena musim perayaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE