Seiring dengan perubahan teknologi, termasuk dalam bidang pertanian, kaedah menanam padi juga sudah berubah.

Daripada menanam padi menggunakan kuku kambing kepada sistem tabur, daripada memotong padi menggunakan sabit kini padi dipotong menggunakan mesin.

Suasana di sawah juga sudah jauh berubah, daripada sebuah kawasan yang menjadi penduduk kampung untuk melakukan pelbagai aktiviti suatu ketika dahulu, kini sawah hanya tempat untuk menanam padi sahaja.

Dalam usaha mengembalikan nostalgia kegembiraan dan keriangan di kawasan sawah padi, Majlis Kebudayaan Negeri de­ngan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak menganjurkan Karnival Sukan Bendang di sini baru-baru ini.

Karnival yang diadakan di Kampung Parit 13A Sungai Ma­nik dekat sini mengimbau semula kemeriahan masyarakat dahulu mengadakan pelbagai aktiviti selepas musim menuai.

Antara aktiviti yang diadakan pada karnival itu ialah tarik tali wanita, tangkap itik, pukul bantal dan panjat tiang licin dan bola jaring yang diadakan di dalam kawasan sawah.

Turut diadakan ialah pertan­dingan foto, pertandingan melukis kanak-kanak dan pertan­dingan memasak.

Kira-kira 400 orang hadir mengambil bahagian dan me­nyaksikan karnival tersebut yang terdiri daripada penduduk kampung dan orang luar.

Kehadiran mereka secara tidak langsung memberikan pendapatan tambahan kepada penduduk yang berniaga di ge­rai-gerai di kawasan karnival itu berlangsung.

Selain itu, aktiviti itu dapat menarik pengunjung luar untuk melihat keadaan sawah padi sambil menikmati pemanda­ngan indah dan menghirup angin segar kawasan kampung.

Penganjuran karnival itu merupakan antara usaha untuk mempromosikan kawasan pertanian sebagai kawasan yang wajar dilawati pelancong.

Malah, penganjurannya membantu meningkatkan pen­da­patan pengusaha inap desa apabila penginapan itu di sini mendapat sambutan yang menggalakkan sebelum karnival itu berlangsung.

Bagi peserta yang mengambil bahagiah, hadiah kemenangan bukan matlamat utama menjayakan karnival itu tetapi mahu mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk dan sema­ngat kejiranan di antara kampung-kampung di Sungai Manik.