Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

JMFR mantapkan sukan berbasikal

SEba hagian peserta yang berjaya menamatkan kayuhan di Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) 2017 di Te
Sebahagian peserta yang berjaya menamatkan kayuhan di Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) 2017 di Teluk Batik, Perak baru-baru ini.

LUMUT 7 Mei - Edisi ke-10 acara kayuhan basikal Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) di sini baru-baru ini mengukuhkan lagi JMFR sebagai jenama yang digemari oleh peminat sukan lumba basikal di negara ini.

Program kayuhan yang dianjurkan sejak tahun 2008 dan disenaraikan dalam kalendar pelancongan negeri Perak bukan sahaja mendapat penyertaan dalam kalangan peserta tempatan malah peserta dari luar negara.

Pada program JMFR 2017 yang bermula di Teluk Batik di sini Ahad lalu, seramai 1,012 peserta menyertai kayuhan sejauh 110 kilometer itu.

Laluan JMFR kali ini melibatkan laluan mencabar dengan bermula di kawasan pantai perkelahan terkenal di sini iaitu Te­luk Batik dan para pelumba me­lalui pekan Pantai Remis, pekan Beruas, Ayer Tawar dan kembali ke Manjung seterusnya berakhir di Teluk Pantai.

Di sepanjang laluan, sebanyak tiga water station disediakan untuk para peserta iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Matang Acheh, Dewan Orang Ramai Bakar Bata dan di Ayer Tawar.

Majlis pelepasan peserta program kayuhan berkonsepkan ‘fun ride’ anjuran TNB Janamanjung Sdn. Bhd. itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi. Turut hadir dalam majlis pelepasan peserta ialah Pengarah Urusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Janamanjung, Datuk Shamsul Ahmad dan Naib Presiden (Penjanaan) TNB, Datuk Zainudin Ibrahim.

Sementara itu, Shamsul dalam ucapannya berkata, program kayu­han kali ini berbeza berbanding sebelum ini kerana ia diadakan di luar kawasan Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung.

Katanya, pemilihan Teluk Batik untuk lokasi program kayuhan itu adalah sebagai tanda sokongan terhadap Tahun Melawat Perak 2017 sekali gus mempromosikan Teluk Batik sebagai tarikan pelancong di daerah Manjung.

“Seperti mana yang dapat disaksikan, program ini telah berlangsung dalam suasana meriah dan berwarna-warni.

“Saya dapat rasakan adrenalin yang amat tinggi dipamerkan oleh kesemua peserta. Tahniah saya ucapkan kepada mereka kerana berjaya sampai ke garisan penamat bagi JMFR untuk kali kesepuluh ini,” katanya.

Menurut beliau, penganjuran program itu merupakan satu tanggungjawab TNB bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta lain bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepenti­ngan bersukan.

Katanya, selain menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan yang melibatkan peserta dari serata dunia seperti itu turut memupuk semangat kesukanan dan perpaduan serta mengeratkan hubungan antara peserta.

“Disamping itu juga, program ini adalah selaras dengan objektif TNB dalam melahirkan warga kerja yang sihat dan bertenaga bagi membantu syarikat menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat.

“Malah seperti tahun-tahun sebelumnya, JMFR turut merancakkan aktiviti ekonomi setempat apabila hotel-hotel di sekitar Manjung habis ditempah oleh pengunjung yang turut mengambil peluang membeli-belah hasil laut tempatan,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau berkata, sempena JMFR 2017, sumbangan sebanyak RM2,000 diserahkan kepada Dewan Bakar Bata, Dewan Kampung Matang Acheh dan Surau Alirsyadiah di Kampung Matang Acheh yang terletak di sepanjang laluan kayuhan tersebut.

Katanya, sumbangan itu merupakan sebahagian aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat.

“Ini telah menjadi salah satu acara wajib pada setiap kali pe­nganjuran JMFR,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain