Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, penutupan itu untuk kerja-kerja menggantikan 'walk bearing' jambatan  oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

 "Sehubungan itu, pengguna laluan ini dicadangkan supaya menggunakan jalan alternatif pada Sabtu ini.

"JKR akan memasang papan tanda tunjuk arah melibatkan laluan dari Lekir dan Hutan Melintang," katanya di sini hari ini.

Sebelum ini Jambatan Batu 5 disahkan selamat untuk digunakan walaupun siasatan awal mendapati lantai jambatan itu menurun disebabkan  'pot bearing' dan 'expansion joint' yang mengalami kerosakan. - UTUSAN ONLINE