Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, balai polis bergerak itu akan ditempatkan di lokasi tertentu terutama­nya sewaktu penganjuran majlis rasmi atau program bersesuaian.

“Anggota yang ditempatkan di balai berkenaan akan membuat pemantauan dan rondaan bagi memastikan tahap keselamatan sentiasa terkawal.

“Balai polis bergerak ini merupakan yang pertama digerakkan di daerah ini dan ia digunakan ketika majlis rasmi atau program lain.

“Selain itu, balai ini mungkin akan digerakkan ke lokasi-lokasi tertentu sekiranya diperlukan bagi tujuan pencegahan jenayah,” katanya selepas majlis penyerahan balai polis bergerak tersebut kepada pegawai bertanggungjawab, di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Muhammad Hanif berkata, inisiatif itu juga bukan sahaja diharap dapat me­ngurangkan kadar jenayah, malah mendekatkan diri pihak berkuasa dengan masyarakat.

“Kita mahu masyarakat merasai kehadiran polis di mana-mana sahaja dan secara tidak langsung, ia dapat mewujudkan rasa selamat,” katanya.