Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hubungan mahasiswa-pemimpin dipererat

Zambry Abd. Kadir
Zambry Abd. Kadir

LUMUT 16 April – Kerajaan ne­geri mewujudkan hubungan yang lebih erat dengan go­lo­ng­an­ mahasiswa di negeri ini bagi menghalang tembok pemisah antara pemimpin negeri dan golongan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, usa­ha itu penting dalam memper­tingkatkan interaksi antara mahasiswa dan kerajaan negeri.

Menurutnya, beliau tidak mahu wujud tembok antara golongan mahasiswa dan pe­mimpin kerajaan negeri sambil mahu tanggapan bahawa kedudukan mahasiswa berada di bawah berbanding kerajaan ne­geri wajar ditepis.

“Untuk itu kerajaan negeri sedia perhalusi masalah yang dihadapi oleh mahasiswa di ne­geri ini memandangkan golongan ini bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang,” katanya ketika merasmikan Persidangan Ketiga Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP), di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Muhammad Amin Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dan Pegawai Kewang­an negeri, Datuk Mohd. Ghazali Jalal.

Zambry berkata, kepunyaan dalam kala­ngan mahasiswa memainkan peranan pen­ting bagi membentuk perwatakan diri masing-masing.

Menurutnya, mahasiswa hari ini akan berperanan penting terutama dalam menjayakan dan mencapai matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Apabila golongan mahasiswa hari ini sudah berjaya kelak, maka akan ada rasa kesedaran untuk menyumbang semula kepada negeri Perak,” katanya.

MPMP dilancarkan pada 22 Oktober 2012 sewaktu Persidangan Pertama Majlis Perundingan Mahasiswa Perak.

Konsep MPMP hampir sama dengan Majlis Perundingan Mahasiswa Kebangsaan (MPMK) yang kesemuanya terdiri daripada wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) institusi pengajian tinggi yang terdapat di negeri ini.

MPMP dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak.

Antara usul yang diketengahkan dalam persidangan kali ini ialah mengenai isu kebajikan dan pembangunan mahasiswa serta pinjaman pengajian tinggi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain