Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Datuk Abu Bakar Mat Ali berkata, kuih tradisional masyarakat Banjar telah lama wujud ter­utama di negeri ini, masih dipelihara de­ngan baik oleh generasi sekarang khususnya di kawasan Kerian.

Menurutnya, kawasan Kerian mempunyai 70 peratus penduduk masyarakat Banjar kebanyakan datuk dan nenek mereka berasal dari Banjarmasin.

“Wadai keppin, kalakatar, balong hayam dan karakas merupakan antara kuih masyarakat Banjar yang popular dan masih wujud sehingga ini.

“Kuih tradisi ini seharus­nya dipelihara untuk ge­nerasi akan datang kerana ia merupakan identiti dan kebanggaan masyarakat Banjar,” katanya selepas program himpunan 1,000 aneka kuih makanan dan masakan serta jualan amal masakan Banjar di Dewan Serbaguna Batu 5, Parit Buntar, di sini semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Kelab Kulaan Malaysia, Ir. Kamarullaffie Ahmad.

Dalam program itu, selain kuih masyarakat Banjar, turut dihasilkan ialah kuih masyarakat Jawa serta kuih tradisional kaum lain di negara ini.

Himpunan 1,000 jenis kuih dibuat sendiri oleh ahli Kelab Kulaan Malaysia secara gotong-royong.