Antaranya ialah guru dan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sabrang ke sekolah dan pulang ke rumah.

Mereka terpaksa akur disebabkan jambatan yang menghubungkan Teluk Intan dan Manjung ditutup sementara waktu.

Seorang guru, K. Marully berkata, demi tugasnya sebagai pendidik, dia menaiki bot yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk ke sekolah.

Menurutnya, pada mulanya dia rasa takut kerana sudah biasa memandu.

“Saya terpaksa keluar awal pagi iaitu pukul 5.30 pagi untuk menunggu bot yang disediakan oleh JKR dan membawa murid menaiki bot, seterusnya menyeberangi sungai dengan selamat,” katanya.

Seorang murid, E. Lila Sri memberitahu, dia juga berasa agak takut pada awalnya selepas melihat arus sungai yang deras.

“Namun, kerana mahu menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), saya mengetepikan semua rasa takut itu,” katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati murid dan guru menaiki bot yang dikendalikan dua jurumudi JKR.

Mereka kemudiannya menaiki kenderaan pacuan empat roda yang disediakan oleh JKR untuk meneruskan perjalanan ke sekolah.

JKR menyediakan bot untuk pelajar dan guru serta kakitangan kerajaan menyeberang sungai dari jeti Pokok Asam bermula Jumaat lalu seawal 6.30 pagi hingga 8.30 malam.