Perkara itu diumumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat yang menyifatkan ia sebagai berita yang menggembirakan buat masyarakat Banjar di sini.

Menurutnya, beliau telah berbincang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO iaitu Kelab Kulaan bagi cadangan tersebut.

“Hasrat untuk melihat sebuah Galeri Banjar di Kerian akhirnya tercapai yang akan menghimpunkan khazanah kesenian, budaya sejarah masyarakat Banjar yang berasal dari kepulauan Banjar.

“Buat masa ini galeri yang menyimpan khaza­nah masyarakat banjar ialah di Pejabat Daerah Kerian,” katanya selepas melancarkan Karnival Sukan Bendang Pencarian Badang dan Srikandi Banjar 2018 di Alor Pongsu, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, Galeri Banjar yang akan ditempatkan di Lake Town Bukit Merah bukan sahaja menarik peminat dari dalam negara tetapi juga pelancong luar.

Katanya, semua maklumat mengenai budaya, kesenian dan khazanah masyarakat Banjar boleh dilihat di galeri tersebut.

“Bukit Merah Lake Town merupakan destinasi pe­lancongan popular dan mempunyai tarikan sendiri. Ini sudah tentu akan menarik pelancong untuk melawat Galeri Banjar,” katanya.

Sementara itu, pelbagai acara yang menguji kekuatan fizikal diadakan Karnival Sukan Bendang antaranya senamrobik, pertandingan tarik tali, memanah, bola takraw bulatan, gusti lengan, panjat tiang licin dan lain-lain lagi.