Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ding Lay Ming berkata, kesemua pesakit tersebut berada dalam keadaan stabil.

“Bilangan kes semasa di hospital adalah sebanyak empat kes dan kesemua yang berada di Hospital Gerik kini dilaporkan stabil.

“Semua klinik kesihatan dan hospital di negeri ini diarahkan untuk memaklumkan Pegawai Kesihatan Daerah di tempat masing-masing jika mengesan kes acute gastroenteritis (AGE) atau cirit birit yang ada kaitan dengan laksa dari gerai tersebut,” katanya di sini hari ini.

Sehingga semalam, terdapat pertambahan sebanyak 42 kes baharu disyaki akibat memakan laksa di gerai sama iaitu 14 kes di Kedah, tujuh di Perak dan 21 kes di Selangor. - UTUSAN ONLINE