Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bertemu selepas 
36 tahun terpisah

Selamat@Nadzul Mohamaed (tengah) melepaskan rindu bersama Maimon
[email protected] Mohamaed (tengah) melepaskan rindu bersama Maimon Salim (kiri) dan Mohd. Ibrahim Mohamad (kanan) selepas 36 tahun terpisah di Ashby Road, Ipoh, Perak, Kelmarin. UTUSAN/SYEFRY MONIZ

IPOH 5 Julai – “Saya tidak mahu ungkit atau ingat lagi kisah lama. Sekarang saya mahu mencari kerja untuk membantu emak dan keluarga. Saya mahu membalas jasa emak.”

Demikian kata [email protected] Mohamed, 38, lelaki yang dipertemukan semula dengan emak kandungnya Maimon Sa­lim, 59, setelah 36 tahun terpisah.

Menurut Selamat, dia tidak mahu ingat lagi kisah sedih bagaimana dia dijual kepada keluarga lain ketika tinggal di rumah ahli keluarga bapa kan­dungnya di Batu Kurau ketika berusia dua tahun hingga terpisah dengan emak kandungnya.

Katanya, perkara utama yang difikirkannya sekarang ialah untuk mencari pekerjaan demi membantu emak dan kelu­ar­ganya.

“Saya mahu memulakan hi­dup baharu bersama emak kandung saya. Inilah yang saya impikan selama ini sebaik sahaja saya mengetahui bahawa saya mempunyai emak kandung.

“Saya sedang mencari kerja dan mahu mengubah nasib kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Ashby di sini semalam.

Tambah Selamat, dia tidak mempunyai masalah untuk me­nyesuaikan diri dengan kehidupan dan suasana baharu bersama emak kandungnya dan juga bapa tirinya, Mohd. Ibrahim Mohamad, 61, serta adik beradiknya yang lain.

Katanya, dia seorang yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja dan ini menyebabkan dia tidak berasa janggal untuk menyesuaikan diri dengan emak kandungnya serta ahli keluarga­nya yang lain.

“Emak pula seorang yang suka bergurau. Ini memudahkan lagi kami berkomunikasi yang secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga,” katanya.

Selamat terpisah selama 36 tahun dengan emak kandung­nya setelah Maimon yang berpisah dengan suami sehingga terpaksa meninggalkan Selamat yang berusia dua tahun ketika itu bersama dua anak angkat perempuan berusia empat tahun dan empat bulan bersama bekas kakak iparnya.

Apabila dia kembali ke rumah bekas kakak iparnya di Batu Kurau untuk menjenguk anak-anaknya, Maimon mendapat berita menyayat hati iaitu ketiga-tiga kanak-kanak itu sudah dijual kepada keluarga lain.

Beberapa tahun lepas, Maimon berjaya menemukan semula dua anak angkat perempuannya yang sebelum ini juga terpisah iaitu Siti Salwa, 40, dan Siti Hawa, 36, yang sudah berkeluarga di Kamunting dan Melaka.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain