Memulakan perniagaan pada April tahun lalu, Muhammad Syahkirin menjadikan kontena terpakai sebagai bangunan perniagaannya iaitu Kontena Bike Shop yang terletak di Dataran Usa­hawan Pusat Giat Mara Tambun, Ulu Kinta dekat sini.

Menurutnya, dia mengumpul modal untuk memulakan perniagaan selama dua tahun hasil daripada wang kemenangan dalam perlumbaan juga bantuan daripada rakan kongsinya.

“Apabila cukup modal, saya memulakan perniagaan dengan membeli kontena terpakai yang dijadikan bangunan kedai di tapak yang saya sewa daripada Pusat Giat Mara Tambun RM300 sebulan.

“Alhamdulillah cita-cita un­­tuk membuka perniagaan sen­diri tercapai setelah sekian lama berusaha mengumpul mo­dal,” katanya.

Muhammad Syahkirin merupakan seorang pelumba yang aktif dalam pelbagai kejohanan antarabangsa termasuk Asia Mountain Bike (MTB) Series Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Menurutnya, Kontena Bike Shop menawarkan pelbagai perkhid­matan kepada penggemar sukan berbasikal iaitu baik pulih, servis, mencuci dan mengecat.

Katanya, perkhidmatan yang ditawarkannya mendapat sam­butan menggalakkan daripa­da pelanggan apatah lagi lo­ka­si perniagaannya terletak ber­de­katan kawasan yang po­pular ba­gi penggemar sukan basikal bukit di Hulu Kinta.

“Di Kontena Bike Shop, saya menawarkan perkhidmatan ser­­vis semua jenis basikal, juga perkhidmatan mencuci basikal serta menjual basikal terpakai. Sambutan yang diterima amat baik malah ada juga pe­langgan dari luar Ipoh yang datang ke sini.

“Selain itu, saya ju­ga menawarkan perkhid­ma­tan menge­cat atau costume bike mengikut kehendak pe­langgan,” katanya.

Menurut Muhammad Syahkirin, dia bercita-cita untuk membesarkan perniagaannya.

“Insya-Allah jika modal men­cukupi saya me­ng­impikan se­buah butik basikal atau showroom,” kata­nya.