Menurutnya, rakyat perlu bertenang dan memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka dalam kes tersebut.

“Apabila terdapat bukti salah laku, maka pendakwaan akan dilakukan dan tertuduh akan membela diri.

“Biarlah mahkamah membuat keputusan sama ada bersalah atau tidak kerana perkara ini di luar kawalan kita dan saya harap ia dapat berjalan dengan lancar,” katanya.

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mencuba permainan video FIFA bersama pemain E-Spo

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mencuba permainan video FIFA bersama pemain E-Sport FIFA 18, Azroy Adyana Tajuddin di RTM Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN ONLINE

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program temu bual di Perak FM bersama pemain E-Sport FIFA 18, Azroy Adyana Tajuddin atau lebih dikenali sebagai Nia Adyana di sini hari ini.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perak Corporation Berhad (PCB), Datuk Aminuddin Md. Desa tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah bagi kerja-kerja pembinaan rumah banglonya berjumlah RM455,660, dua tahun lalu.

Ditanya kemungkinan terdapat bekas CEO anak syarikat kerajaan negeri lain yang disiasat, Ahmad Faizal berkata, beliau tidak mengetahui mengenainya.

Menurutnya, beliau percaya pihak berkuasa tidak akan menghebahkannya jika ada siasatan.

“Saya percaya ada aduan tapi tak boleh kita nak umumkan, biar polis dan SPRM menjalankan tugas mereka dengan lebih mudah tanpa gangguan pihak lain,” katanya.

Ahmad Faizal berkata, kerajaan negeri sentiasa memantau semua syarikat milik kerajaan (GLC) untuk memastikan mereka menjalankan tangungjawab yang ditetapkan.

“GLC dipertanggungjawabkan untuk memajukan ekonomi negeri dan memudahkan rakyat bukannya untuk menjalankan perniagaan atas keuntungan syarikat sahaja, malahan untuk merancakkan ekonomi negeri supaya rakyat mendapat hasil daripadanya,” katanya. - UTUSAN ONLINE