Turut berangkat Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah dan diiringi oleh Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.

Majlis yang dipimpin oleh Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim itu juga dihadiri oleh Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Datuk Dr. Afifi Al-Akiti; Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abu Bakar Said serta barisan exco kerajaan negeri.

Majlis bacaan Yasin pada hari ini turut diadakan serentak di masjid-masjid seluruh negeri dengan khutbah Jumaat dikhususkan mengenai keputeraan baginda.

Pada malam esok, Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim akan meraikan tetamu pada majlis Santapan Diraja di Istana Iskandariah di sini. 

Sementara itu, Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia, Menjunjung Duli dan Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak pula akan berlangsung di Balairong Seri, Istana Iskandariah, pada Ahad ini. - UTUSAN ONLINE